INGAT ASAL USUL KITA
BIAR MISKIN HARTA, JANGAN MISKIN BUDI PEKERTI
Isnin, 18 Januari 2016
Mengamit Kenangan
Assalamualaikum... w.b.t...
Melihat karenah dua puteriku ke sekolah cukup mengamit kenangan zaman persekolahan dulu dan kini. Banyak perbezaannya yang tidak dapat diungkapkan. Bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah kurniaNya, kedua-dua anakku bersekolah di sekolah yang sama. Anakku yang sulung menduduki kelas tahun tiga, manakala adiknya menduduki kelas tahun satu. Masa demi masa berdetik terlalu cepat hingga bila ku mengimbas kembali zaman persekolahan ku yang dahulu dengan kini banyak bezanya. Mulai aku bersekolah pada tahun 1988, aku bukanlah berada dalam keluarga yang senang. Emak dan ayahku berpandapatan sederhana mendiami sebidang tanah yang diterokai sebagai peneroka felda. Ekonomi dahulu bukanlah macam ekonomi yang sekarang. Walaupun berada dalam serba kekurangan masih lagi boleh bertahan untuk meneruskan kehidupan. Pada zaman kini semua serba canggih, mahu masak dapur elektrik dan gas ,sekali petik menyala sudah. Mencuci pakaian, lempar dalam mesin basuh, letak air dan sabun terus berputar. Nak gosok baju sekolah pun guna sterika elektrik atau steam iron. Zaman kesusahan yang aku lalui, masak guna dapur kayu api. Cuci pakaian guna tangan dilantai kamar mandi, kalau tidak cuci pakaian diperigi. Nak gosok baju sekolah, guna seterika arang. Andaikata hari hujan, baju sekolah tak kering, buat la ampaian atas dapur kayu api tu. Bila diingatkan balik, macam sukar dipercayai. Waktu kini bila pagi jam 0600am sdh siap sedia untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Sebaliknya time aku dulu kena berdikari jalan kaki pergi ke sekolah. Bukan ayahku tiada kenderaan, dia memiliki sebuah motosikal jenis vespa klasik, tapi kesibukkan mencari rezeki sebagai ketua keluarga amat aku fahami. Ketika itu awal pagi sudah ayahku pergi ke ladang sawit untuk membersihkan kebunnya dan menuai buah sawit yang sudah masak. Duit belanja ke sekolah telah diletakkan siap-siap diatas meja dalam nilaian RM0.30 sen seorang. Bila difikirkan zaman itu, memang cukup. Mee goreng kosong hanya bernilai RM0.20 sen. Air sirap RM0.10 sen. Jika aku membawa bekal air ke sekolah, dapatlah aku menabung RM0.10 sen itu ke dalam tabung buluhku. Bekal makanan tidak dapatlah ibuku sediakan kerana selepas menyediakan sarapan pagi, ibuku akan bersiap pergi ke kilang bekerja sebagai operator pengeluaran sarung tangan getah. Dibandingkan waktu kini, anak-anakku diberi belanja RM2.00 seorang. Apalah yang dapat di zaman sekarang, jika aku memberikan nilaian belanja yang sama seperti belanja ketika aku sekolah dahulu. Di ceritakan pasal peralatan sekolah jauh berbeza, anak-anakku bila balik sekolah kadangkala pasti ada kehilangan alat-alat tulis mereka. Bila ditanya, mereka beri alasan dicuri oleh kawan. Jika benar alasan itu, aku redha dan sedekahkan barang yang diambil oleh kawannya itu. Manalah tahu, kawannya minat dan ingin memiliki tapi tidak mampu membelinya. Sekali dua mungkin boleh ku ungkapkan perkataan sedekah, tapi jika banyak kali perkara ini berulang. Aku pergi mengadu dengan guru displin sekolah anakku supaya menangani isu kes pelajar panjang tangan ini. Lain di waktu aku sekolah dulu, pensil di asah hingga kontot, pemadam pula selagi boleh pegang, aku tidak akan minta ayahku membelinya. Yuran sekolah kadangkalanya lewat aku membayar kerana kesusahan yang dialami oleh keluargaku. Pada waktu kini, yuran sekolah pun percuma, bantuan buku pun percuma, alat tulis di beri. Jauh betul perbezaannya.
Aku bersyukur ke hadarat illahi, dengan keperitan dan kesusahan yang aku alami dahulu mengajar erti kehidupan. Terima kasih buat ibuku Pn. Faridah bt. Jamaludin dan arwah ayahku En. Mohd Radzi bin Suhud yang telah mendidik dan membesarkan aku sehingga aku mengecapi kebahagiaan didunia ini. Buat arwah ayahku, ku doakan moga rohmu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Juga buat ibuku, moga Allah memberi kesihatan yang baik dan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin ya rabbal alamin. Sekian..
Nurkilanku...
ReymieRadzi
Langgan:
Catatan (Atom)
